Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses atau suatu sistem yang merangkumi aktiviti -aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti P&P yang selanjutnya dengan lebih berkesan.
Proses penilaian melibatkan 3 langkah yang utama iaitu :
- mendapatkan maklumat melalui cara mengukur
- menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran
- membuat suatu pentaksiran tentang hasil pengukuran.
Prosedur penilaian mengandungi aspek - aspek pengujian, pengukuran penganalisaan dan penyimpulan.Secara ringkasnya boleh dialksanakan dalam 5 peringkat iaitu :
- peringkat persediaan ujian
- peringkat pentadbiran ujian
- peringkat pemeriksaan dan pengukuran
- peringkat analisi
- peringkat interpretasi dan tindakan
p/s : rujukan : Pengajian Agama Islam & j-Qaf metodologi dan pedagogi pendidikan. ( Ahmad Mohd Salleh )