Saturday 31 December 2011

PENDAHULUAN PENILAIAN

Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses atau suatu sistem yang merangkumi aktiviti -aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti P&P yang selanjutnya dengan lebih berkesan.

Proses penilaian melibatkan 3 langkah yang utama iaitu :
  • mendapatkan maklumat melalui cara mengukur
  • menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran
  • membuat suatu pentaksiran tentang hasil pengukuran.
Prosedur penilaian mengandungi aspek - aspek pengujian, pengukuran penganalisaan dan penyimpulan.Secara ringkasnya boleh dialksanakan dalam 5 peringkat iaitu :
  • peringkat persediaan ujian
  • peringkat pentadbiran ujian
  • peringkat pemeriksaan dan pengukuran
  • peringkat analisi
  • peringkat interpretasi dan tindakan





p/s : rujukan : Pengajian Agama Islam & j-Qaf metodologi dan pedagogi pendidikan. ( Ahmad Mohd Salleh )

Thursday 29 December 2011

~ SaLam UkhWah ~

Bismillahirahmanirahim dan salam ukhwah buat semua sahabat2 pengunjung yang sudi meluangkan dan melaburkan masa sahabat2 di blog ini..I.allah blog ini akan berkongsi dengan sahabat 2 semua berkaitan dengan nota - nota kuliah yang kita  akan pelajari di dalam semester 5 nanti..



Pasti ramai di antara kita yang da berkobar - kobar untuk membuat persediaan bagi menghadapi sem baru ini untuk menebus dan memperbaiki pointer yang mungkin tidak mencapai target ataupun untuk mengekalkan momentum kejayaan di dalam peperiksaan..apa pun  niat sahabat2 semua saya doakan kejayaan mengiringi sahabat2 semua...


oklah sebagai permulaan saya cuma lampirkan di sini subjek - subjek yang akan dipelajari bagi guru pelatih Pendidikan Islam :
  • Subjek wajib :
    WAJ 3112 : KO-KURIKULUM (OLAHRAGA)
    WAJ 3114 : BIG FASA V

    Subjek teras :
    EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

    Amalan profesional :
    PRK 3101 : PRAKTIKUM I (4 MINGGU)

    Kursus major :
    PIM 3109 : PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
    PIM 3110 : PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

    Elektif 1 :
    BAM 3110 : PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO BAHASA ARAB

    Elektif 2 :
    PQE 3103 : TARANNUM AL-QUR’AN
 ~ semoga bermanfaat ~