Thursday 5 January 2012

BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DEFINI BAHAN SUMBER : 
  • Peralatan atau perkakasan dan bahan perisian media yang telah dikenalpasti untuk dipilih, dibina dan dipinda bagi menyokong dan mengendalikan sendiri proses p&p ( Yusof : 1992 )
  • Apa - apa penerbitan, bahan, gambar, perkakas, model, carta, objek alat radas yang berperanan untuk menyebarkan atau meningkatkan proses p&p.

PENGKELASAN BAHAN SUMBER
  1. Bercetak 
  • al-quran
  • nota edaran
  • risalah
  • jurnal
  • modul pembelajaran
  • buku teks
  • surat khabar
  • buku rujukan

     2. Tidak bercetak 
  • bahan visual bukan tayang
  • bahan visual tayang 2D
  • bahan audio
  • bahan audio visual
  • bahan komputer
  • bahan 3D
  • bahan permainan
  • simulasi bahan maujud
KEPENTINGAN BAHAN SUMBER
  1. Mengatasi masalah kekurangan masa dan tenaga pengajar
  2. Memperkayakan pengalaman pelajar
  3. Pembelajaran menjadi lebih seronok
  4. Mencetuskan minat murid terhadap pengajaran guru
  5. Memperjelaskan penyampaian mesej bahan pengajaran
  6. Mengatasi batasan ruang waktu dan pancaindera pelajar ( bawa masuk situasi sebenar ke dalam bilik darjah melalui tayangan video dan sebagainya )
  7. Melibatkan murid secara aktif dalam p&p
  8. Memperoleh pengalaman dan persepsi yang sama

PRINSIP PENGGUNAAN BAHAN SUMBER
  1. Ketahanan : boleh dipakai dalam jangka masa panjang
  2. Kos yang murah dan sesuai dengan kedudukan kewangan guru
  3. Kesesuaian dari sudut teknikal
  4. Ketetapan maklumat

Saturday 31 December 2011

PENDAHULUAN PENILAIAN

Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses atau suatu sistem yang merangkumi aktiviti -aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti P&P yang selanjutnya dengan lebih berkesan.

Proses penilaian melibatkan 3 langkah yang utama iaitu :
  • mendapatkan maklumat melalui cara mengukur
  • menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran
  • membuat suatu pentaksiran tentang hasil pengukuran.
Prosedur penilaian mengandungi aspek - aspek pengujian, pengukuran penganalisaan dan penyimpulan.Secara ringkasnya boleh dialksanakan dalam 5 peringkat iaitu :
  • peringkat persediaan ujian
  • peringkat pentadbiran ujian
  • peringkat pemeriksaan dan pengukuran
  • peringkat analisi
  • peringkat interpretasi dan tindakan





p/s : rujukan : Pengajian Agama Islam & j-Qaf metodologi dan pedagogi pendidikan. ( Ahmad Mohd Salleh )

Thursday 29 December 2011

~ SaLam UkhWah ~

Bismillahirahmanirahim dan salam ukhwah buat semua sahabat2 pengunjung yang sudi meluangkan dan melaburkan masa sahabat2 di blog ini..I.allah blog ini akan berkongsi dengan sahabat 2 semua berkaitan dengan nota - nota kuliah yang kita  akan pelajari di dalam semester 5 nanti..



Pasti ramai di antara kita yang da berkobar - kobar untuk membuat persediaan bagi menghadapi sem baru ini untuk menebus dan memperbaiki pointer yang mungkin tidak mencapai target ataupun untuk mengekalkan momentum kejayaan di dalam peperiksaan..apa pun  niat sahabat2 semua saya doakan kejayaan mengiringi sahabat2 semua...


oklah sebagai permulaan saya cuma lampirkan di sini subjek - subjek yang akan dipelajari bagi guru pelatih Pendidikan Islam :
  • Subjek wajib :
    WAJ 3112 : KO-KURIKULUM (OLAHRAGA)
    WAJ 3114 : BIG FASA V

    Subjek teras :
    EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

    Amalan profesional :
    PRK 3101 : PRAKTIKUM I (4 MINGGU)

    Kursus major :
    PIM 3109 : PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
    PIM 3110 : PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

    Elektif 1 :
    BAM 3110 : PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO BAHASA ARAB

    Elektif 2 :
    PQE 3103 : TARANNUM AL-QUR’AN
 ~ semoga bermanfaat ~